Friday, July 29, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! PELAWAK ALONG MENFAILKAN TUNTUTAN NUSYUZ KEPADA ISTERINYA, ZILA AF!! MESTI BACA!!!


Pelawak Along Raja Lawak, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas tentang berita kemelut rumah tangganya bersama penyanyi yang juga bekas Rancangan realiti bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron. 

Ketika dihubungi Wartawan BH Online menerusi aplikasi WhatsApp, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, memberi maklum balas dengan memilih untuk tidak memanjangkan 'sengketa' hubungan mereka saat ini. 

Malah, ketika melihat status profil aplikasi terbabit, Along menulis perkataan 'Sod Alif Ba Ro', iaitu huruf jawi yang merujuk kepada perkataan 'sabar'. 

Kemelut melanda rumah tangga Along Raja Lawak dan isteri, Zila Seeron, 28, menjadi perhatian ramai kira-kira seminggu yang lalu.

Malah, semalam Zila sendiri mengesahkan dia sudah empat bulan tidak tinggal sebumbung (bersama) dengan pelawak terbabit selain berdepan dengan proses mahkamah difailkan Along, membabitkan kes membawa kepada nusyuz. "Maaf banyak-banyak. 

Tak apa, sabar itu indah," balasnya ringkas selepas diajakuntuk bertemu empat mata. Zila dan Along telah mendirikan rumah tangga pada bulan Januari 2010. 

Mereka juga turut dilihat sebagai antara pasangan yang paling bahagia. Rumah tangga kedua-dua selebriti berkenaan dikatakan mula berantakan pada tahun ini. 

Malah, kedua-duanya juga dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman media sosial termasuk facebook. Ketika Aidilfitri baru-baru ini, ucapan Selamat Hari Raya dalam IG juga hanya memaparkan gambar Along dan anaknya, Danial.




0 comments:

Post a Comment