Friday, July 29, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! NEELOFA DISERANG SESAK NAFAS, DIKEJARKAN KE HOSPITAL!!! MESTI BACA!!!


Pelakon, Usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa berkongsi pengalamannya melalui detik cemas apabila terpaksa memandu sendiri ke hospital demi mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengalami sesak nafas. 

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil dengan nama Lofa, insiden itu berlaku awal pagi Selasa lalu ekoran penyakit resdung yang dihidapinya sejak dua bulan lalu. 

"Malam Isnin lalu, Lofa menghadiri sebuah majlis Hari Raya di rumah seorang kenalannya bersama kawan-kawan lain. 

"Biasanya kalau ada majlis membabitkan mereka, Lofa akan pulang agak lewat. Bagaimanapun disebabkan berasa kurang sihat, Lofa terpaksa pulang lebih awal kali ini. 

Lebih kurang jam 9.30 malam Lofa  dah terus masuk tidur. "Pada jam 3 pagi, Lofa terjaga kerana keadaan diri lofa semakin menjadi kronik dan terus mengalami sesak nafas. 

Tidak mahu menyusahkan anggota keluarga, Lofa memandu sendirian ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. 

"Keadaan sinus semakin teruk apabila lendir sudah mula memasuki rongga paru-paru sehingga menyebabkan mengalami sesak nafas," ujar neelofa lagi. 

Disebabkan penyakitnya itu, pelakon yang Usahawanita tudung yang berjaya ini tidak dapat mengendalikan program hiburan Astro 'Meletop', pada Selasa lalu. 

"Ini adalah kali pertama Lofa mengambil cuti sakit dan tidak dapat mengendalikan program terbabit. 

Selalunya, sekiranya Lofa ada hal lain atau akan ke keluar negara, Lofa akan memaklumkan perkara itu lebih awal kepada penerbit bagi memudahkan mereka mencari pengganti," katanya lagi. 

Neelofa kini masih berada di bawah pengawasan doktor tempoh selama seminggu selain diminta berehat di rumah.




0 comments:

Post a Comment