Thursday, July 28, 2016

Filled Under:

PANAS!!! ISTERI KEDUA ADI PUTRA DITAHAN POLIS, DALANG UTAMA SINDIKET PENYELUDUPAN WARGA ASING??


Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly telah didakwa antara 15 orang kakitangan imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya.

Sumber daripada media Astro Gempak memberitahu isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa di pejabatnya dalam operasi khas.

Sementara itu menerusi laporan akhbar Berita Harian, penangkapan tersebut dilakukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan manusia (warga asing).

Menurut laporan tersebut lagi, kumpulan pegawai imigresen tersebut adalah menjadi pemudah cara untuk menguruskan dokumen kemasukan warga asing ke negara ini.

Malah siasatan awal pihak polis telah mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang melakukan urusan terus dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang melipat kali ganda menerusi aktiviti tersebut..





0 comments:

Post a Comment