Sunday, July 17, 2016

Filled Under:

KECOH!!! KISAH BENAR!!! PENDUDUK ENGGAN KELUAR MALAM, HANTU POCONG MUNCUL DI JALAN KEBUN!!!


Penduduk mula rasa gerun, takut dan bimbang apabila keluar malam..

Itu gambaran mengenai situasi semasa sebahagian besar penduduk Kampung Jalan Kebun, Shah Alam di sini, selepas digemparkan dengan kisah penemuan pocong sejak malam kelmarin..

Lebih menyeramkan, lembaga berkain putih yang kelihatan di satu lokasi di taman perumahan itu telah menimbulkan berbagai-bagai reaksi negatif lebih lagi setelah ianya kini menjadi viral di laman sosial Facebook..

Menerusi rakaman video amatur dengan durasi 20 saat itu, kelibat pocong yang sedang berdiri tegak seolah-olah perhati sekumpulan remaja yang secara kebetulan dapat merakam imej berkenaan...



Berdasarkan kepada hasil tinjauan mendapati, video tersebut mendapat viewer 103,096 tontonan sebelum dipadamkan ‘admin’ grup Facebook berkenaan...

Pemilik akaun Facebook bernama Alif yang juga salah seorang penduduk asal Jalan Kebun meminta mana-mana pihak yang tidak mengetahui kesahihan perkara sebenar supaya tidak menokok tambah cerita mengenai kelibat pocong berkenaan...


“Cerita ini menyebabkan penduduk atau orang luar yang melalui Jalan Kebun akan jadi tidak berani apabila tibanya waktu malam.

“Untuk pengetahuan orang ramai, gambar hantu pocong berdekatan tepi jalan tu sebenarnya tidak benar dan ianya telah diedit oleh orang yang tidak bertanggungjawab...

“Saya tak pasti siapa yang menangkap gambar itu dan mengenai video itu pula adalah tidak benar semata-mata,” katanya.



Sementara itu, penduduk bernama DjAzwan pula berkata, informasi kejadian di kampung itu sememangnya benar dan buat pertama kali berlaku pada awal Syawal.

“Telah tiga hari berturut-turut dan Insya-ALLAH telah selesai selepas dikembalikan di tempat asalnya dan kawasan perumahan tersebut dipagar,” katanya lagi...

Eja Aira pula berkata, dia bimbang jika ada aktiviti khurafat di kawasan berkenaan.

“Ada aktiviti kurafat ke? Nauzubillahiminzalik… Minta dijauhkan la… Tak risau pasal hantu tapi risau akidah manusia,” katanya....

Kisah kewujudan pocong di Kampung Jalan Kebun seperti yang viral di laman sosial Facebook hanya rekaan semata-mata...

Ketua Kampung Jalan Kebun, Mohd Salehan Tahir berkata, dakwaan di Facebook  itu tidak benar sama sekali....





0 comments:

Post a Comment