Monday, July 25, 2016

Filled Under:

TERKINI!!! ANAK CHEF WAN, RIZ SAH BERCERAI DENGAN KAKAK EMMA MAEMBONG!!! MESTI BACA!!!



Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, 33, mengesahkan bahawa dirinya sudah bercerai dengan tukang masak selebriti, Chef Riz, Jun lalu. 

Katanya, mereka berpisah selepas dirasakan tiada lagi keserasian hubungan antara dirinya dan Riz. "Saya tahu, ianya sudah lama menjadi persoalan ramai. 

Jadi saya mahu mengesahkan status kami bahawa kami sebenarnya bukan lagi pasangan suami-isteri. "Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh," katanya kepada wartawan. 

Sejak beberapa bulan lalu, beberapa pihak di forum hiburan membincangkan mengenai rumah tangga Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 34, dan Shikin yang kononnya dilanda keretakkan rumah tangga. 

Malah, wanita itu juga turut tidak lagi memuat naik foto Riz di Instagram miliknya sehingga ia menimbulkan tanda-tanya kepada orang ramai terutama peminat mereka. 

Bagaimanapun pada minggu lalu, Shikin telah memuat naik status kata-kata hikmat yang menunjukkan beliau kini sudah kembali single (bujang). 

Beliau turut menyatakan tekanan emosi yang dilalui semakin berkurang. Ramai pengikutnya juga memberikan sokongan moral agar wanita itu tabah dalam menempuhi dugaan. 

Sementara itu, Shikin berkata, walaupun bercerai, beliau dan bekas suaminya itu, Chef Riz masih berbaik demi membesarkan anak perempuan mereka, Putri Arianna Natasya, yang kini berusia setahun. 

"Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun kami telah berpisah. 

"Selain itu, saya turut rasa bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya. Saya juga masih baik dengan bekas keluarga mentua," ujarnya lagi kepada wartawan. 




0 comments:

Post a Comment