Thursday, July 21, 2016

Filled Under:

PANAS!!! ADI PUTRA JELASKAN ISU KAHWIN KEDUANYA DAN LAKUKAN SIASATAN TERHADAP SUMBER YANG SEBAR BERITA PERKAHWINAN BELIAU!!


Setelah 3 hari belaiu mendiamkan diri, akhirnya Adi Putra tampil ke hadapan membuka mulut memberi kenyataan mengenai dakwaan bahawa beliau telah berkahwin lagi tanpa pengetahuan isterinya iaitu Aida Yusof.. 

"Saya akan adakan satu sidang media untuk beri penjelasan dan saya tetap akan kotakan janji saya. Cuma sekarang saya ingin mengenal pasti, sumber yang mana telah memberi keterangan kepada wartawan Harian Metro, sedangkan ada baiknya ia datang dari mulut saya sendiri... 

"Dan sumber yang memberikan itu tidak perlu mencampuri urusan rumah tangga saya dan meletakkan sebagai kasihan," katanya 7 jam yang lalu di laman Instagram...

Dalam kenyataan yang sama, Adi Putra turut menegaskan, beliau tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.  

Rakan artis, Betty Rahmad juga turut memberikan sokongan padu kepada Pelakon KL Gangster itu. 

"Dah bertahun kenal Adi Putra dan Aida Yusof. Dia seorang suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Same goes to Kak Aida. Yang tak kenal dan tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam dari buat andaian sendiri dan menambah dosa. Semua benda ada hikmah. Take care Adi!" katanya. 

"TQ once again Betty, it's better halal dan haram.." balas Adi Putra. 

Jelas Adi Putra lagi, beliau amat menyayangi keluarganya namun tidak gemar apabila ada orang lain mencampuri urusan keluarganya sebagaimana beliau juga tidak pernah menganggu hidup orang lain. 

"Orang suka ke, tak suka ke, itu adalah pilihan mereka dan kita tak boleh paksa mereka. Aku hal aku, kau hal kau. Halal lebih baik dari zina, berkahwin lebih (baik) dari zina. Berdiam lebih baik dari mengumpat. Manusia hanya berani di jari untuk tulisan tetapi bila diajak bersemuka, jadi diam. Lumrah," katanya.

Para peminat Adi Putra juga tidak putus-putus memberikan sokongan kepada pelakon utama drama Cinta Si Wedding Planner itu. Selain dari meminta Adi Putra bersabar dengan kerenah pelbagai pihak yang dianggap 'menyibuk' tentang urusan rumah tangganya




0 comments:

Post a Comment