Wednesday, July 20, 2016

Filled Under:

'MOHON SEMUA DOAKAN SAYA, SUAMI SAYA NEKAD NAK CERAIKAN SAYA MALAM NI' LUAHAN HATI SI ISTERI..........


Ketika di dalam perjalanan persembahan Hari Raya bersama Perdana Menteri Malaysia, terdapat kemalangan di hadapan saya. Lori memecut laju menghimpit lorong kiri secara tiba-tiba, dan menyebabkan sebuah kereta kancil yang di pandu oleh seorang wanita terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Lori terus melarikan diri dan di kejar oleh beberapa buah motosikal. Saya terus ke tepi untuk mebantu wanita tersebut.

Tayar belakang kereta pecah, bahagian kiri kereta agak remuk tapi enjin masih hidup. Saya lihat ada bayi di belakang, anak yang duduk dihadapan luka sedikit dan pemandu wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.

'Saya dah lewat!! Gelisah wanita tersebut. Saya melihat jam, takut tak sempat sampai putraya. Tapi saya tak mampu lihat dia bersama anak-anaknya. Saya tidak cakap apa-apa, hanya membantu menenangkan wanita tersebut. Dia secara tiba-tiba meraung dan menjerit. Yang lain tidak membantu kerana mungkin masing-masing sibuk mengejar masa untuk ke tempat kerja. Saya semakin pening!!

Perlahan-lahan saya cuba tenangkan dia. Saya cakap bersabar kak. InsyaAllah saya ada, Saya cuba bantu apa yang termampu. Apa yang saya mampu lakukan adalah menenangkan dia yang dah terduduk di tepi kereta. Ingat Allah, Allah…Allah sayang kita kak..itu sahaja. Saya juga nak menangis dah sekali! Saya tahan mana-mana kereta tetapi malangnya semuanya tak berhenti.. mungkin mengejar waktu.

Akhirnya, saya terpaksa masuk dalam kereta untuk menenangkan anaknya yang menangis dan baby yang dah mula merengek. Saya duduk depan dia, saya cakap ‘ Kalau sayang anak-anak ni, kuatlah kak. Akak kena kuat. Allah ada, saya ada. Berhentilah menangis, saya tak tau nak buat apa ni’.

Panjang lagi kalau nak cerita. Setelah keadaan berjaya ditenangkan, tayar saya dah tukarkan, buatkan susu untuk anaknya ( mujur sebelum keluar saya ada beli susu untuk alas perut, saya masukkan susu kotak dalam botol anaknya), saya pastikan dia ok dan boleh teruskan perjalanan, barulah saya sempat bertanya.

‘ Akak nak ke mana?? ‘

Dia menangis-nangis lagi.

‘ Takpe-takpe kak. Akak jalan dulu’

Tiba-tiba dia berkata

‘ Doakan saya.  Saya nak ke jabatan agama ni. Suami nak ceraikan hari ni ‘.

Saya tersentak dan terpaku, perlahan-lahan kereta itu berlalu..




0 comments:

Post a Comment