Saturday, July 23, 2016

Filled Under:

VIRAL!!! PENUMPANG SANGGUP MENUNGGU LAMA SEMATA-MATA UNTUK BERSELFIE DENGAN KAPTEN KAPAL TERBANG INI!!!


Kelmarin semasa kapal terbang memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bahru, saya tersentak apabila terdengar bacaan doa musafir yang panjang dengan begitu fasih sebutan bahasa Arab yang lebih baik dari seorang ustaz...


Di dalam hati saya berkata, alhamdulillah Syarikat Penerbangan AirAsia dah buat satu perubahan yang baik. Selepas itu, saya bertanya kepada seorang pramugara, "bila mereka mula bacaan doa musafir ini? Sebab tadi tiada pun bacaan doa ini semasa di dalam penerbangan saya dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.?"


Pramugara itu memberitahu yang bacaan doa musafir sebentar tadi sebenarnya daripada kapten yang bawa kapal terbang ini. Dalam hati saya berkata, masyaAllah, hebat dia ni...


Aku nak kenal siapakah insan istimewa ini, di sepanjang perjalanan 50 minit penerbangan, Kapten ini tidak berhenti dia berceloteh, memberi tahu setiap destinasi yang dilalui di dalam bahasa Inggeris yang cukup fasih dan diselangi dengan pantun dalam bahasa Melayu.


Bila sahaja mendarat, cepat-cepat dia keluar dari kokpit untuk bersalaman dengan semua penumpang, kebetulan saya duduk di kerusi nombor 1D, saya dapat mendengar dengan jelas ucapan tahniah dan terima kasih dari setiap penumpang semasa mereka keluar meninggalkan pesawat penerbangan tersebut.

Saya menunggu peluang untuk bertemu dan berselfie dengan beliau. Rupa-rupanya, ramai yang duduk di bahagian belakang pesawat pun tengah menunggu giliran untuk berselfie dengan kapten ini.

Siapakah kapten AirAsia yang popular ini? Beliaulah Kapten Shahiran. Terima kasih sebab bagi nombor telefon anda kepada saya.





0 comments:

Post a Comment