Saturday, July 16, 2016

Filled Under:
,

TERGEMPAR!!! FOTO NIKAH, WAJAH ISTERI KEDUA ADI PUTRA TERSEBAR !!! DENGAR PENJELASAN ADI PUTRA


Foto Majlis Pernikahan dan wajah isteri kedua, pelakon Adi Putra telah disebarkan secara meluas menerusi aplikasi Whatsapp selepas berita pernikahan pelakon tersebut dilaporkan akhbar pada Sabtu...

Merujuk laman sesawang, Astro Gempak telah menerima foto lelaki seiras Adi Putra sedang mengucup dahi seorang wanita dan kedua-duanya lengkap berpakaian pengantin berwarna krim dan ‘peach’.

Foto tersebut telah dikirim oleh seorang sumber kepada Astro Gempak yang meminta identitinya dirahsiakan turut mendedahkan isteri kedua Adi merupakan salah seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan..

Sebelum ini menerusi laporan daripada Harian Metro, pelakon Filem KL Gangster itu didakwa berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu baru-baru ini..

Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan oleh keluarga dan sahabat karib mereka.

Wanita yang berusia 33 tahun itu juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.

Namun, isteri pertama Adi Putra,  Aida Yusof, 41 tidak mengetahui mengenai berita perkahwinan baru suaminya itu.

Apabila ditanya berkaitan perkara ini, Aida enggan mengulas memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka..

Sementara itu, Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab olehnya.

Adi pernah memfailkan penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012  tetapi beliau menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang pada tahun yang sama.




0 comments:

Post a Comment