Friday, July 15, 2016

Filled Under:

PANAS!!! NOOR KHIRIAH DIANGGAP SAMPAH, BELIAU NEKAD TINGGALKAN DARI DUNIA SENI LAKONAN!! INI PENGAKUANNYA!!!


Pelakon Wanita, Noor Khiriah nekad membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni selepas berasa kecewa selain dirinya sering dianggap bagaikan sampah...

Khiriah, 39, bagaimanapun berkata, ia adalah keputusan terbaik buat dirinya kerana dia tidak sanggup lagi untuk terus memendam rasa kecewa dan dipermainkan syarikat produksi yang sering memungkiri janji apabila bersetuju mengambilnya untuk berlakon...

"Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk saya melepaskan sesuatu perkara yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat...

"Kesabaran setiap manusia itu ada batasnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan hanya setakat di sini sahaja...

"Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya," katanya kepada mStar Online...

Khiriah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya selepas memuat naik video di laman Instagram miliknya yang menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri dalam bidang lakonan...




0 comments:

Post a Comment