Friday, July 22, 2016

Filled Under:

PANAS!!! ADIRA MINTA PENJELASAN PADA RUHAINIES BERKAITAN ISU VIDEO YANG TERSEBAR!!!


Penyanyi Adira Suhaimi, 25, enggan untuk mengulas lanjut mengenai penyebaran video suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersama pelakon cantik popular, Ruhainies yang menjadi viral di sosial media semalam. 

Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi meminta semua pihak menghormati private rumah tangga dan memberi ruang buat dia sekeluarga untuk seketika... 

"Sememangnya benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut... 

"Saya berharap agar semua pihak memberi ruang, masa dan memahami situasi saya sekarang ini. Hal rumah tangga adalah terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum pada ketika ini... 

"Saya sudah menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara ini dan tidak timbul rasa marah kepada beliau... 

Biarlah suami saya sendiri yang menyelesaikan kemelut ini  bersama selebriti tersebut. Apa sekali pun yang akan terjadi, saya pasrah," katanya kepada pemberita BH Online. 

Ruhainies telah mengesahkan gambar dan video viral di semua sosial media pada Jumaat membabitkan dirinya dan suami Adira... 

Menerusi video tersebut kedua-dua mereka kelihatan mesra dan intim sehingga mencetuskan tanda tanya hubungan berkenaan...

Ruhainies turut memaklumkan mereka sebelum ini pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video konsep kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan itu... 

Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sebelum ini mengaku telah bernikah dengan Adnan di Songkhla, Thailand, pada Disember tahun lalu. 

Berita perkahwinan Adira menjadi viral di internet apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red (isteri pertama) memuat naik gambar bersama Adira menerusi akaun Facebooknya...




0 comments:

Post a Comment